Pada 12 Mac 2020 telah berlangsung Program Book Sharing Siri ke-7 di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Program ini menampilkan dua (2) lagi pengulas iaitu Encik Izzuan Bin Mohd Yunos dan Encik Muhammad Ridhwan Bin Othman.

Pengulas pertama Encik Izzuan Bin Mohd Yunos telah memilih buku Rich Dad Poor Dad, karya Robert T. Kiyosaki. Buku ini adalah tentang satu individu dalam dua karaktor yang menguruskan duit dengan cara yang berbeza. Terdapat beberapa perkara yang diceritakan di dalam buku ini antaranya cara membina kewangan yang kukuh, perbezaan antara aset dan liabiliti. Selain itu, pengulas turut berkongsi bagaimana untuk menambah wang walaupun sedang tidur dan ini adalah perkongsian dari penulis yang banyak belajar dari pengalaman untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Penyampai berpendapat bahawa kita tidak diajar cara pengurusan yang betul dari kecil tetapi kita hanya diajar cara sebelum memulakan alam pekerjaan. Oleh itu, adalah perlu untuk kita mempunyai amalan khusus, selain perlu ada objektif yang jelas dan cabaran untuk memulakan sesuatu.

Encik Izzuan Bin Mohd Yunos mengulas buku bertajuk Rich Dad Poor Dad

Pengulas kedua iaitu Encik Muhammad Ridhwan Bin Othman yang memilih buku Forensik Kewangan yang ditulis oleh Zaidi Ismail. Buku ini menceritakan mengenai pengurusan kewangan individu yang mengandungi 10 bab. Menurut penulis, individu sebenarnya perlu memfokuskan kepada pembinaan harta dan bukannya simpanan. Apabila disebut harta, maka individu perlu memahami bahawa sesuatu itu mempunyai nilai dan ekuiti. Dengan kata lain, nilainya meningkat dari semasa ke semasa tidak kiralah hartanah, emas, dan sebagainya. Dan ia terpulang apakah matlamat kita hendak kumpul sebenarnya. Pengulas menerangkan masalah dalam menyelesaikan masalah hutang dalam buku ini adalah menggunakan kaedah snowball iaitu menggunakan duit lebihan kita untuk menambah bayaran hutang bulanan kita. Bukannya menyelesaikan masalah hutang dengan gali lubang tutup lubang. Di akhir sesi, pengulas turut mencadangkan agar setiap orang memiliki buku ini jika ingin menyelesaikan masalah kewangan dan mampu membantu mana-mana individu yang mempunyai masalah hutang yang bertimbun. Walaubagaimanapun, pengulas berpendapat bahawa setiap orang mempunyai latar belakang keluarga dan kedudukan kewangan yang berbeza, oleh itu jalan penyelesaiannya juga berbeza.

Encik Muhammad Ridhwan Bin Othman mengulas buku  bertajuk Forensik Kewangan

 

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Bt Abdul Shukor.

 

Share this :