YBhg. Tan Sri Zaharuddin bersama staf Perpustakaan UTMKL

Setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Naib Canselor ke-3 UTM, YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharuddin Bin Idrus yang telah menyumbangkan koleksi peribadi beliau sebanyak 142 judul bahan kepada Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.

Seramai lima (5) orang staf Perpustakaan UTMKL yang diketuai oleh Puan Sharifah Radhiah Syed Azman telah diberi tanggungjawab untuk mengambil bahan hadiah di kediaman beliau pada 25 Jun 2020. Semua bahan sumbangan akan diabadikan sebagai koleksi Perpustakaan UTM agar dapat dimanfaat oleh pengguna terutamanya pelajar UTM di dalam menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Semoga inisiatif ini mendorong masyarakat untuk terus menabur bakti melalui sumbangan bahan bacaan yang sedikit sebanyak dapat membantu menyemarakkan budaya membaca dan kelimuan di kalangan anak bangsa.

Artikel disediakan oleh Puan Sharifah Radhiah Binti Syed Azman

 

 

Share this :