Sesi Read & Relax, Siri 3/2019 di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah telah dilaksanakan pada 14 Februari 2019. Sesi ini telah disertai oleh dua orang pengulas iaitu Dr. Nazrinda binti A. Samah dan Encik Nazeri bin Sarip.

Dr. Nazrinda binti A. Samah mengulas buku bertajuk “Daddy Long Legs“.

Dr. Nazrinda binti A. Samah telah memilih buku bertajuk “Daddy Long Legs” karya Jean Webster. Buku ini adalah koleksi peribadi dan buku kegemaran beliau sejak dari kecil. Buku ini menceritakan kisah seorang gadis muda, Jerusha Abbott, yang telah dibesarkan di rumah anak yatim. Sebagai penghuni rumah anak yatim yang paling tua, dia harus bekerja keras untuk pencennya dan membantu menjaga anak-anak yatim yang lain. Walaupun menjalani kehidupan yang menyedihkan dan membosankan, belaiu adalah seorang yang ceria dan kreatif dan mempunyai bakat untuk menulis. Pengulas juga berpendapat bahawa penulis ingin menyampaikan mesej bahawa seseorang mampu memperoleh kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan melalui peluang yang ada.

Encik Nazeri bin Sarip berkongsi pengalaman bermain catur.

Manakala pengulas kedua, Encik Nazeri bin Sarip telah berkongsi pengalaman beliau bermain catur sejak berumur 9 tahun dan dibesarkan dalam keluarga yang minat bermain catur. Beliau berkongsi pengalaman dengan menceritakan sejarah catur dan kaedah pemainan catur. Papan catur ada 64 petak hitam putih. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 catur di mana boleh gerak dalam hala kemas dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan. Buah catur terdiri daripada raja, ratu, kuda, bishop, kubu dan bidak. Pengulas juga menceritakan catur ialah permainan strategi yang boleh dikaitkan dengan kehidupan dan pengurusan masa.

Disediakan oleh Puan Nurul Shafika Binti Hassan.

 

 

Share this :