Library Massive Scholar Tracking (LIBMAST)  merupakan pusat pencarian maklumat sehenti yang baru dibangunkan khusus untuk Perpustakaan UTM. Ianya membolehkan pengguna membuat pencarian setempat kepada semua sumber maklumat di perpustakaan.

LIBMAST telah mengubah lanskap pencarian maklumat daripada kaedah OPAC yang agak tradisional kepada platform pencarian sehenti yang lebih bebas mirip pencarian enjin google.

Sistem ini dibangunkan melalui sokongan sumber terbuka Vufind. Melalui Vufind, pembangunan sistem menjadi lebih mudah dan fleksibel mengikut keperluan Perpustakaan. Ia juga mudah untuk diintegrasikan dengan sistem lain dan penetapan kepada sebarang perubahan kod dapat dilaksanakan.

Sejumlah 4,108,021 juta rekod sumber akses terbuka boleh diakses  dan hampit 90% daripadanya merupakan artikel teks penuh yang boleh dimuat turun. Sebanyak 10 repositori daripada institusi ternama terpilih boleh diakses melalui LIBMAST. Ia mempunyai fungsi yang pelbagai di dalam kaedah pencarian dan mesra kepada keperluan pengurusan penerbitan.

 

Share this :