Program Book Review Siri 8 telah diadakan pada 21 Mac 2019 di Perpustakaan Menara Razak, UTM Kuala Lumpur. Dua (2) pengulas iaitu En. Mohd Sharudin Bin Mat Deli@ Abdul Manan, Pegawai Teknologi Maklumat, UTM Kuala Lumpur dan Cik Radiatul Hadaviyah Binti Ramlan, Pegawai Tadbir, UTM Kuala Lumpur.

En. Mohd Sharudin mengulas buku yang bertajuk 30 Wasiat Imam Syafi’i

Pengulas pertama, En. Mohd Sharudin Bin Mat Deli@ Abdul Manan memilih buku “30 Wasiat Imam Syafi’i” yang ditulis oleh Khairul Ghazali. Menurut beliau, buku ini berkisar tentang 30 wasiat Imam Syafie kepada pengikutnya yang menekankan kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian . Beliau turut menambah, orang Islam yang tidak membaca atau menghayati Al-Quran akan mendorong untuk membentuk satu titik hitam dihati sehinggakan sukar menerima hidayah daripada Allah SWT. Oleh itu, setiap orang islam disarankan agar berpandukan Al-Quran dalam kehidupan seharian demi mendapat keredhaan darNya. Selain itu, buku ini juga menjelaskan tentang adab, tatacara dan panduan antaranya berwuduk dan berpakaian kemas ketika menuntut ilmu.

Cik Radiatul Hadaviyah Binti Ramlan menyampaikan buku yang bertajuk Unshakeable : How To Be Confident When You’re Nervous

Pengulas kedua iaitu Cik Radiatul Hadaviyah Binti Ramlan memilih buku yang bertajuk “Unshakeable : How To Be Confident When You’re Nervous” karya Aiman Azlan. Menurut beliau, buku ini mengajar kita bagaimana untuk mengawal rasa gementar yang ada dalam diri. Tiga konsep yang ditekankan pengulas adalah keyakinan adalah suatu proses dan memerlukan masa yang panjang untuk dibina. Konsep kedua adalah pilih untuk jadi positif dan jangan takut untuk buat silap kerana ia adalah suatu proses pembelajaran. Konsep ketiga adalah kekuatan pemikiran banyak mempengaruhi kehidupan seharian.

Kesimpulannya, fokus perlu diberikan kepada diri sendiri, hidup dengan positif dan nikmati lah dalam kehidupan seharian kita. Beliau juga menegaskan bahawa, setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak sama dengan individu lain. Oleh itu, yakinlah dengan keupayaan pada diri sendiri.

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain binti Abdul Shukor.

 

 

 

Share this :