Pada bulan Mac 2020, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima hanya satu (1) lawatan daripada SMK Taman Daya pada 10 Mac 2020 bersamaan hari Selasa dan lawatan tersebut telah berlangsung bermula pada jam 9.30 pagi hingga jam 11.00 pagi.

Lawatan yang melibatkan seramai 79 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring itu telah dimulakan dengan  taklimat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan UTM dalam menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UTM.

En. Akmal Alif Amran, Pembantu Pustakawan menerangkan prosedur peminjaman dan pemulangan buku di kaunter sirkulasi PSZ UTM.

Semasa lawatan ini dijalankan, pelawat menzahirkan rasa kagum kerana berpeluang melihat kekayaan sumber ilmu Perpustakaan UTM yang menempatkan hampir 800,000 bahan rujukan termasuk buku, majalah, artikel, cakera padat selain perkhidmatan atas atas talian yang lain. Di kesempatan ini juga, lawatan ini juga dibawa ke galerium di aras 2, perpustakaan UTM bagi menyaksikan dengan lebih dekat khazanah UTM yang dipamerkan.

En Khalid, Pembantu Pustakawan menerangkan mengenai bentuk geografi UTM di Galerium UTM

Semoga lawatan ini memberi manfaat dan motivasi kepada para pelajar agar lebih bersemangat untuk menuntut ilmu hingga ke manara gading.

Penyampaian plak dan sijil penghargaan daripada wakil guru SMK Taman Daya kepada Pn Aishah P. Mosar, Pustakawan, PSZ UTM, sebagai tanda terima kasih.

Disediakan oleh Puan Aishah P. Mosar.

Share this :