Oleh Aznurul Ain Bt Abdul Shukor

Program Book Sharing siri yang ke 41 telah diadakan di BATC, Lodge Lobby pada 5 Disember 2019 dengan menampilkan dua orang pengulas iaitu En. Muazzam bin Mazlan dan Pn. Siti Zalita Bte Ad Talib. Lobi BATC Lodge telah dipilih sebagai lokasi program  ini dengan tujuan agar dapat mewujudkan suasana yang lebih santai serta dapat mendorong pengulas mengulas buku dengan jayanya bertepatan dengan imej baru lokasi berkenaan.

En. Muazzam bin Mazlan mengulas buku bertajuk “I’m A Backpacker : Europe”

Pengulas pertama iaitu En. Muazzam bin Mazlan dengan tajuk pilihan buku “I’m A Backpacker : Europe”, oleh Khairul Abdullah.  Beliau memilih buku ini kerana ia bersesuaian dengan jiwa pengulas itu sendiri yang gemar mengembara.  Buku ini mencatatkan pengalaman penulis, dan menunjukkan bagaimana untuk mengembara di Eropah. Menariknya dalam kandungan buku ini ialah bagaimana mahu melancong di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad. Dalam buku ini turut dikongsikan beliau menggunakan bajet bawah dari RM6000 masih mampu untuk mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin”. Menurut pengulas, perkongsian lain dalam buku ini adalah memberi panduan kepada mereka yang ingin melancong secara perseorangan mahupun berkumpulan dan semestinya pengembaraan ini membolehkan mereka memilih sendiri tempat yang ingin mereka lawati, jenis pengangkutan yang menjimatkan selain membolehkan mereka memilih sendiri aktiviti yang ingin dilakukan.

Pn. Siti Zalita Bte Ad Talib mengulas buku bertajuk “Grow Your Own Vegetables”

Pengulas kedua iaitu Pn. Siti Zalita Bte Ad Talib mengulas buku yang bertajuk “Grow Your Own Vegetables”, penulis Chew Boon Hock. Buku ini adalah berkaitan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mudah untuk ditanam dan mudah juga untuk mendapatkan hasil. Selain itu, buku ini juga membantu kita untuk menanam tanaman secara organik tanpa menggunakan bahan kimia. Maka, hasil tanaman adalah lebih sihat dan segar. Beliau turut berkongsi tips dalam buku ini yang mampu mengelakkan tanaman dari diserang serangga. Tipsnya adalah, tanam tanaman secara berselang-seli dengan tanaman yang tidak disukai oleh serangga. Maka, hasilnya adalah sangat menakjubkan menurut pengulas.

 

 

 

 

 

Share this :