Oleh Mohamad Syafiq Bin Salamat

Pada 9 Julai 2020, Jabatan Perpustakaan UTM telah menganjurkan Sesi Townhall KAI Perpustakaan UTM 2020 bertempat di Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.  Program yang dianjurkan oleh Seksyen Pentadbiran & Korporat ini bertujuan untuk berkongsi pencapaian KAI pertengahan tahun 2020 bagi setiap seksyen Jabatan Perpustakaan UTM. Seramai 13 orang pembentang telah dilantik di kalangan pustakawan untuk memberi penerangan pencapaian KAI di seksyen masing-masing.

Perpustakaan UTM sentiasa mengalu-alukan penglibatan staf di dalam memacu pencapaian sasaran KAI yang telah ditetapkan. Justeru, peserta telah diberi peluang untuk memberi cadangan dan penambahbaikan kepada perlaksanaan KAI seksyen.

Susulan penularan wabak Covid-19, Jabatan Perpustakaan UTM telah mengambil langkah yang sewajarnya mengikut saranan pihak kerajaan dengan mengamalkan penjarakkan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut semasa program berlangsung. Pergerakan staf  juga dikawal mengikut seksyen dan bergerak mengikut jadual yang ditetapkan ke setiap lokasi pembentangan. Program ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan selesai pada jam 12.30 tengahari.

Adalah diharap agar Sesi Townhall ini dapat meningkatkan kefahaman staf terhadap hala tuju Perpustakaan UTM di masa hadapan.

 

 

Share this :