Pada 18 Ogos yang lalu telah diadakan satu majlis Perasmian ‘AZKA CORNER @UTMKL’ di Perpustakaan UTMKL. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff (Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- WAIWP). Turut hadir pada majlis adalah Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Pro-Naib Canselor UTMKL dan juga Puan Noraziah Bte Sharuddin, Ketua Pustakawan UTM.

Pembangunan AZKA Corner merupakan sinergi Pusat Pungutan Zakat (PPZ MAIWP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam usaha untuk mewujudkan sudut bacaan Akademi Zakat UTMKL (AZKA CORNER @UTMKL). Selain itu juga, pihak UTM juga berbesar hati menjadi institusi pengajian tinggi yang pertama dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh PPZ-MAIWP.

Selepas melalui beberapa siri perbincangan, satu sudut sediada telah dinaik taraf dengan konsep moden bagi merealisasikan matlamat yang dirancang. Sudut ini menempatkan buku, kajian dan penerbitan bahan berkaitan zakat bagi menyebar luas pengetahuan dan kepentingan zakat kepada pelajar, staf akademik dan komuniti UTM khasnya.

Sehubungan dengan itu, semoga sudut ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengunjung perpustakaan dalam mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas seterusnya menunaikan zakat demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Syabas dan tahniah PPZ-MAIWP dan UTM.

 

 

Disediakan oleh : Aznurul Ain Abdul Shukor

Share this :