Pada 10 September 2020 (Khamis) tepat jam 10.00 pagi, Program Book Sharing@UTMKL 2020 bagi siri 14 telah dijalankan dengan menjemput dua orang pengulas iaitu Cik Nurul Izzatie Binti Ahmad Nasir dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UTM KL dan En. Mohd Hairil Hafiz Bin Hasim dari Pengurusan Makmal Universiti (UPMU), UTMKL.

Cik Nurul Izzatie Binti Ahmas Nasir mengulas buku bertajuk Tip Menjadi Individu Menarik

Pengulas pertama, Cik Nurul Izzatie Binti Ahmad Nasir telah memilih buku “Tip Menjadi Individu Menarik” yang ditulis oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Menurut beliau, buku ini bakal menyelesaikan cabaran besar yang dihadapi oleh kebanyakan individu dalam memiliki personaliti yang menarik. Buku ini mendedahkan pandangan wanita pada lelaki yang menarik dan sebaliknya. Malah, buku ini menerangkan konsep cantik dan tampan dari dalam diri iaitu individu itu dikatakan menarik apabila mereka cantik dan tampan dengan meliputi faktor luaran dan dalaman.

Antara faktor luaran yang dikatakan dalam buku ini ialah sentiasa senyum, menjadi pendengar yang baik serta menjauhi diri daripada sifat suka mencela orang lain. Faktor dalaman pula ialah sentiasa melontarkan kata-kata maaf, tolong-menolong dan mengucapkan terima kasih. Selain memiliki personaliti yang menarik dengan mencapai dua faktor ini, perhubung sesama individu lain juga turut harmoni!

En. Mohd Hairil Hafiz Bin Hasim mengulas buku bertajuk Pembetulan Tulang Belakang

Pengulas kedua ialah En. Mohd Hairil Hafiz Bin Hasim dengan tajuk buku Pembetulan Tulang Belakang hasil karya Tn. Hj. Ismail Bin Hj. Ahmad. Menerusi buku yang dibaca, pengulas kongsikan faktor-faktor yang mengakibatkan sakit tulang belakang. Antaranya adalah ibu hamil disebabkan tulang terpaksa mengimbangi berat kandungan. Selain itu, duduk yang terlalu lama seperti memandu kenderaan dengan jarak jauh serta pemakaian kasut tumit tinggi. Kesemua faktor yang dinyatakan dapat menyumbang kepada kecederaan atau kemalangan ketika mengangkat barang berat. Sebelum mengakhiri perkongsian, penyampai berkongsi tips dalam menjaga kesihatan bagi mengelak daripada penyakit sakit tulang belakang seperti beriadah, pengambilan supplement dan penjagaan makanan yang seimbang.

 

 

 

Share this :