Sempena sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan, Perpustakaan UTM telah menganjurkan sebuah program perkongsian ilmu yang bertajuk  Nak Stress Ke Tidak? pada 26 Oktober 2020 (Isnin). Program telah berlangsung secara atas talian melalui Facebook Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan menjemput Dr. Zulfikar Bin Ahmad, Pengarah Pusat Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia.

Dr Zulfikar menekankan bahawa masalah kesihatan mental tidak boleh diambil mudah kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan individu yang mengalaminya. Jelasnya, setiap individu perlu peka dengan simptom ganguan emosi seperti stress, anxiety dan depresssion. Gangguan emosi ini boleh membawa kepada keadaan yang lebih buruk sekiranya tidak dirawat dan dibantu oleh orang sekeliling seperti keluarga, rakan, atau teman sekerja.

Individu yang berhadapan dengan gangguan emosi perlu bangkit dan dinasihatkan agar menjaga hubungan baik dengan Tuhan, ibu bapa & keluarga, rakan sekerja dan masyarakat sekeliling bagi mengawal tekanan dan tidak digalakkan untuk bersendirian ketika berdepan dengan situasi sukar ini. Selain itu, jauhkan amalan yang bercanggah dengan ajaran agama kerana ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada gangguan emosi dan seterusnya mendorong kepada  tekanan perasaan.

Di akhir program, Dr. Zulfikar mengalu-alukan  pelajar dan staf UTM untuk menghubungi Pusat Kaunseling UTM bagi mendapatkan khidmat nasihat  sekiranya memerlukan.

Share this :