Perpustakaan UTM dengan kerjasama Kelab Keluarga Staf Perpustakaan UTM (KKSPUTM) telah menganjurkan program perkongsian ilmu sempena Maulidur Rasul dengan tajuk  Rasulullah Role Model Amalan Membaca pada 28 Oktober 2020 (Rabu). Ceramah tersebut berlangsung di Bilik Rujukan Eksekutif, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah. Perkongsian ini disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Juhazreen Bin Junaidi yang merupakan seorang pensyarah di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan. Program ini telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau berkongsi tentang mulianya akhlak Rasulullah S.A.W. yang sering dizahirkankan melalui percakapan, perbuatan mahupun sikap baginda dalam menuntut ilmu. Tambahnya lagi Rasulullah saw menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup melalui pembacaan dan menghayati serta mempraktikkan ilmu tersebut sebagai amalan sepanjang hayat.

Amalan membaca memberi impak yang positif kepada individu, Antaranya membaca  berupaya menambah ilmu pengetahuan, menguatkan daya ingatan dan merupakan senaman minda terbaik kerana sel-sel otak yang aktif akan membuatkan minda menjadi lebih sihat. Membaca juga boleh membentuk seseorang agar lebih berdisiplin, kreatif, meningkatkan kemahiran tata bahasa dan teknik komunikasi yang lebih baik dan teratur.

Semoga program ini bermanfaat kepada semua dan seterusnya menyubur amalan membaca dalam kehidupan seharian dengan mencontohi amalan mulia baginda Rasulullah saw.

Share this :