Tanggal 18 November 2021, suasana kampus UTM Johor Bahru yang masih lagi sunyi dengan kehadiran warganya kerana akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang hanya membenarkan 25% sahaja staf berada di sesebuah organisasi. Namun, UTM masih meneruskan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui kaedah norma baharu secara atas talian.

Jabatan Perpustakaan UTM turut merasai bahangnya apabila talian webex (https://utm.webex.com/meet/psz2.webex) sibuk dilawati oleh pelanggan bersempena Hari Bersama Pelanggan UTM dengan tema `Anda Tanya, Kami Jawab’ yang dianjurkan secara maya oleh  Pusat Kualiti & Pengurusan Risiko UTM (QRiM). Seramai 15 orang petugas berpengalaman dari pellbagai seksyen begitu teruja untuk menyantuni segala persoalan pelanggan.  Allahamdulillah, sehari yang diperuntukan bersama pelanggan sangat dimanfaati oleh 25 orang pelanggan Perpustakaan UTM di mana rata-rata mereka berpuas hati dengan layanan mesra petugas yang diselia oleh Ketua Seksyen untuk menjawab segala persoalan yang diajukan mengikut kluster perkhidmatan perpustakaan.

Kelancaran sesi ini didokong oleh dua (2) orang Pustakawan yang bertindak sebagai petugas teknikal bagi memastikan kelancaran perjalanan Hari Bersama Pelanggan UTM, Jabatan Perpustakaan UTM. Sekalung penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada pelanggan, Ketua Seksyen dan petugas (Pustakawan dan Pembantu Pustakawan) Perpustakaan UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Syabas dan Tahniah kerana anda telah memberi 100% komitmen yang terbaik.

 

Share this :