Perpustakaan UTM Kuala Lumpur sekali lagi bertuah apabila dapat bekerjasama bersama En. Thaqib Bin Shaker, Pegawai Perhubungan Awam, Pusat Kebudayaan dan Sains Rusia (RCSC) dalam menjayakan program pertama bicara karya bagi tahun 2021 bertajuk Berkenalan Dengan Rusia. Selaku penulis buku, beliau turut menyumbangkan sebanyak 20 naskhah bagi bacaan umum pengguna Perpustakaan UTM KL. Program yang dijalankan di Wisdom Lounge, Perpustakaan UTM KL turut diadakan secara langsung menerusi Facebook UTM Library Kuala Lumpur.

Kehadiran Duta Besar Rusia,  TYT Naiyl M. Latypov dan Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Pro Naib Canselor, UTM Kuala Lumpur sekaligus membangkitkan kemeriahan program ini. Turut hadir adalah wakil dari Yayasan Allammiyyah iaitu En Muhamad Najmi Mohd Aris (Pengasas dan Pemegang Amanah), Professor Awang Azman Awang Pawi (Ahli Lembaga Penasihat) dan Puan Afhana Alias.

Seterusnya perkongsian buku setebal 30 halaman dalam bahasa melayu ditulis oleh En. Thaqib Shaker itu menceritakan perkembangan Islam di Rusia yang kurang diketahui ramai. Program turut memberi penerangan mengenai Pusat Kebudayaan dan Sains Rusia (RCSC) yang ditubuhkan sejak 1989 di bawah kedutaan negara itu kini aktif mengadakan pelbagai usaha pertukaran budaya, bahasa, pendidikan dan kerjasama kemanusiaan di negara ini.

 

Semoga perkongsian ini dapat memberi maklumat serta pendedahan yang berguna kepada semua selain dapat menjalinkan kerjasama yang baik antara Perpustakaan UTM Kuala Lumpur dan RCSC dalam menjayakan program-program akan datang .

Share this :