Perpustakaan UTM telah menganjurkan Bengkel Latihan Turnitin bagi keperluan persediaan Peperiksaan atas Talian Akademi Pengajian Bahasa pada 12 Januari 2021 (Selasa), bermula dari jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang di Makmal Pencarian Maklumat, Aras 2, Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Johor Bahru. Bengkel Turnitin ini telah disampaikan oleh Encik Mazlan Abd Latif dari Syarikat Apex Knowledge Sdn. Bhd. Seramai enam orang Pensyarah dan empat orang wakil Perpustakaan telah mengikuti latihan ini dengan pematuhan standard operasi yang telah ditetapkan.

Menerusi bengkel ini, para pensyarah didedahkan dengan perincian penetapan akaun instructor bagi keperluan penilaian ketulenan penulisan pelajar untuk diaplikasikan semasa peperiksaan atas talian yang dijangka akan dilaksanakan pada awal bulan Februari. Semoga maklumat dan pengetahuan yang dikongsi dapat memberi manfaat seterusnya melancarkan kelangsungan program yang akan dijayakan.

Share this :