Sinergi Perpustakaan UTM Kuala Lumpur bersama Persatuan Alumni UTM telah mengadakan Program Bicara Karya dengan tema SASTERA MATEMATIK. Presiden Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA) merangkap Presiden Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (E-SASTERA), Dr. Irwan Abu Bakar (Alumni UTM tahun 1972), telah membicarakan buku antologi cerpen berjudul KATABAKU, terbitan Gaksa Enterprise, Banten-Indonesia, 2020.


Program ini dipancarkan secara langsung menerusi Facebook UTM Library Kuala Lumpur pada 27 Januari 2021 (Rabu) dan berjaya mendapat sokongan dari semua penonton serta pelbagai persoalan tersirat telah dirungkaikan dengan baik oleh panel jemputan.


“KATABAKU” adalah antalogi cerpen yang menampilkan tulisan penuh puitis dari 21 orang penulis cerpen dan dikumpulkan di dalam buku ini. KATABAKU adalah antalogi cerpen mengandungi 16 buah cerpen garapan dari lima negara ASEAN iaitu Brunei Darussalam (1 penulis), Indonesia (2 penulis), Malaysia (8 penulis), Singapura (2 penulis) dan Thailand (1 penulis). Menariknya tentang tajuk buku ini adalah gabungan perkataan simbol matematik iaitu kali-ka, tambah-ta, bahagi-ba dan kurang-ku. Maka terhasillah “KATABAKU”.

Penggunaan bahasa yang indah, berjaya menarik peminat sastera khasnya. Tahniah Dr. Irwan Abu Bakar dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama yang diberikan bagi perkongsian ilmu dan pengalaman dalam menghasilkan sebuah karya bersama semua penonton Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Semestinya, penerbitan buku baru Dr. Irwan sentiasa dinantikan oleh semua.

 

Share this :