ALHAMDULILLAH… Jabatan Perpustakaan UTM telah melakar sejarah dalam SIstem Pengurusan Kualiti apabila buat julung kalinya dalam tempoh 23 tahun,  Laporan Audit Pematuhan ISO 9001:2015 yang dijalankan selama dua (2) hari pada 25-26 Januari 2021 tidak mencatatkan sebarang rekod ketidakpatuhan Non-Conformance Report (NCR) dan Opportunity for Improvement (OFI). Buat pertama kalinya, sesi audit dilaksanakan mengikut kaedah norma baharu iaitu secara atas talian  oleh dua orang juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Puan Siti Rahmah binti Ahmad (Ketua) dan Puan Mariam binti Mohamed Zin. Skop pensijilan merangkumi `Provision of Library Services’ yang melibatkan dua puluh sembilan (29) prosedur di bawah lapan (8) Seksyen dan tujuh (7) prosedur dalam kawalan wakil pengurusan.

Menyingkap kembali perjalanan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Perpustakaan UTM yang bermula pada tahun 1998 dengan pensijilan MS ISO 9002:1994, di mana Jabatan Perpustakaan UTM merupakan jabatan pertama yang menerima sijil berkenaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pada tahun 2002 pensijilan di naiktaraf kepada MS ISO 9001:2000 diikuti tahun 2010 MS ISO 9002: 2010. Kemudian, pada tahun 2016 Jabatan Perpustakaan UTM berjaya mengekalkan pensijilan edisi terkini iaitu MS ISO 9001:2015. Dengan memetik kenyataan Ketua Pustakawan selaku Pengarah Kualiti melalui emel beliau kepada staf selepas menerima Laporan Audit “…ISO 9001 adalah penunjuk cara dan kita sebagai staf Perpustakaan UTM yang menjayakannya.” Kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar sebaik sahaja Ketua Juruaudit merakamkan penghargaan di atas keberkesanan pihak Perpustakaan UTM dalam mengendalikan audit norma baharu terutamanya dari aspek penyediaan bahan bukti (dokumen serta data secara digital) sepanjang sesi audit dapat diurus dengan sangat baik dan cekap.

Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Puan Noraziah Sharuddin (Pengarah Kualiti), Puan Zaleha Atan (Wakil Pengurusan), Puan Nor Asikin Mohamad (Ketua Juruaudit Dalam), Puan Syahranah Ahmad.Raqi, Puan Norsyuhada Shafie, dan Puan Sapiah Abd. Rahiman (Urusetia Dokumentasi Kualiti), Puan Nik Masriza mewakili pengurusan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur, Timbalan-timbalan Ketua Pustakawan, Ketua-ketua Seksyen, Juruaudit Dalam, Pemilik Proses dan semua staf Jabatan Perpustakaan UTM yang sentiasa menyokong dan mendokong budaya kualiti Perpustakaan UTM. Kerjasama semua diperlukan dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada warga UTM khususnya dan masyarakat luar terus cemerlang, Insha Allah. Mengakhiri tinta, ucapan tahniah kepada Wakil Pengurusan baharu, Puan Kamariah Mohamed Jong dan Ketua Juruaudit Dalam baharu, Puan Haslina Nasir. Semoga dengan pelantikan ini, Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Perpustakaan UTM terus kekal cemerlang.

 

Share this :