Program Hari Bersama Pelanggan UTM anjuran Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko UTM (QRiM) telah diadakan pada 19 April 2021 secara atas talian menerusi aplikasi webex: https://utm.webex.com/meet/psz2.webex. Program ini merupakan kesinambungan dari program Hari Bersama Pelanggan yang telah dilaksanakan pada bulan18 November 2020 dengan membawakan tagline yang sama ‘Anda Tanya, Kami Jawab’

Pustakawan bertugas di Hari Bersama Pelanggan UTM 2021, Puan Haliza binti Zainal, Puan Syazwani Syamimi binti Mat Pauzi dan Encik Mohd Zaidi bin Othman.

Sebanyak empat belas (14) pusat tanggungjawab terlibat dalam program ini termasuklah Perpustakaan UTM dan seramai dua (2) orang Pustakawan bertugas telah diberikan tanggungjawab bagi mengendalikan pertanyaan daripada pengguna mulai 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Slot itu turut diselia oleh seorang Ketua Seksyen selaku penyelaras program dan seorang Pustakawan teknikal.

Booth maya Perpustakaan UTM telah menerima seramai 19 orang pengunjung dengan 13 soalan berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan. Syabas dan tahniah kepada petugas yang telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program hari bersama pelanggan dilaksanakan. Semoga ianya bermanfaat dan menyokong kepada keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UTM.

Share this :