Program BookSharing@UTMKL bagi siri 8 diteruskan melalui streamyard dan dipancarkan secara langsung di Facebook UTM Library Kuala Lumpur. Seperti kebiasaannya, dua pengulas dijemput untuk berkongsi buku bacaan. Moderator program iaitu Puan Sharifah Radhiah Binti Syed Azman menjemput pengulas pertama iaitu Puan Nurul Hashekin Binti Hanapi, Setiausaha Pejabat, Fakulti Teknologi & Informatik Razak yang memilih buku Kegigihan Kunci Kejayaan oleh Robert H. Schuller, kerana menggemari buku yang berunsurkan motivasi dan mampu menaikkan semangat untuk menjadikan diri lebih baik dari yang sebelumnya.

Puan Nurul Hashekin Binti Hanapi mengulas buku bertajuk Kegigihan Kunci Kejayaan

Menurut pengulas, buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis semasa kecil menyaksikan usaha gigih bapanya dalam memperbaiki taraf hidup untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Selain itu buku ini juga sarat dengan kata-kata motivasi sekaligus mampu membuat pembaca untuk berfikir dengan baik dalam mencorak atau menjadikan pegangan dalam dunia yang penuh pancaroba.

Cik Siti Norfaradilah Binti Sulaiman mengulas buku bertajuk ‘Ubat’ dari Dapur.

Program diteruskan lagi dengan pengulas kedua iaitu Cik Siti Norfaradilah Binti Sulaiman, Penolong Pegawai Farmasi, Pusat Kesihatan Universiti. Memilih buku ‘Ubat’ Dari Dapur karya Dr. Suri Roowi, pengulas berkongsi khasiat makanan yang mudah didapati seperti madu, bayam dan lain-lain. Setiap makanan tersebut mempunyai khasiat tersendiri, namun perlu berwaspada terhadap kuantiti yang diambil bagi mengelakkan kesan lain yang boleh memudaratkan diri. Secara keseluruhannya buku ini dapat membantu pembaca untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Share this :