Siri ketujuh program Read & Relax telah dijalankan pada 3 Jun 2021 dengan menjemput dua (2) orang pengulas iaitu Puan Saidatul Akmar Binti Mohd Sazali, Pegawai Tadbir, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UTM Johor Bahru (UTM JB). Manakala pengulas kedua iaitu Puan Nur Shahda Binti Md. Esa, Setiausaha Pejabat, Jabatan Pendaftar UTM Johor Bahru (UTM JB).

Puan Saidatul Akmar Binti Mohd Sazali mengulas buku bertajuk Filosofi Mak Singa karya oleh Anie-Alja.

Pengulas pertama iaitu Puan Saidatul Akmar Binti Mohd Sazali telah berkongsi tentang sebuah buku yang bertajuk Filosofi Mak Singa karya oleh Anie-Alja. Pengulas tertarik dengan buku ini kerana ia menceritakan tentang perihal penjagaan dan pendidikan anak-anak sebagai persediaan ibu bapa. Singa itu diumpamakan sebagai seorang ibu kerana singa itu lambang raja rimba yang memiliki sifat kepimpinan, ketegasan tetapi penuh dengan kasih sayang. Filosofi Mak Singa ini juga menghimpunkan kaedah pendidikan anak-anak yang ideal untuk ibu bapa agar dapat disesuaikan dengan budaya setempat. Budaya memanjakan anak wajar dihentikan agar tidak timbul perumpamaan seperti ibu melahirkan tuan.

Manakala pengulas kedua pula iaitu Puan Nur Shahda Binti Md. Esa telah berkongsi tentang sebuah buku yang bertajuk Allah Dekat, Tiada Gawat. Buku ini telah dihasilkan oleh Ustaz Pahrol Mohd. Juoi seorang yang tidak asing lagi dalam bidang penulisan. Pengulas menyatakan bahawa buku ini merupakan tulisan berbentuk nasihat yang mudah tetapi penuh dengan makna yang mendalam. Buku ini menyelitkan sunnah dan sirah baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat sebagai bukti bahawa itulah contoh tauladan terbaik untuk mendekati Allah.

Puan Nur Shahda Binti Md. Esa mengulas buku bertajuk Allah Dekat, Tiada Gawat.

Sebagai kesimpulannya, pengulas menyatakan bahawa buku ini memberi banyak manfaat dalam soal menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan sentiasa istiqamah untuk menyucikan hati daripada perkara-perkara yang dibenci Tuhan.

Share this :