Perkongsian Buku Staf  Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (UTM KL) Siri 1/2021 telah diadakan pada 9 Jun 2021 (Rabu) menggunakan aplikasi Webex. Dua orang staf yang terlibat dalam perkongsian tersebut adalah Siti Nurshifa’ Binti Md Rodzi, Pembantu Setiausaha Pejabat  dan Ahmad Khairu Bin Mahfuz, Pembantu Pustakawan.

Pegulas pertama, Siti Nurshifa’ Binti Md Rodzi memilih buku Mencari Dia Yang Satu yang ditulis oleh The Rocking Hijan (nama samaran). Menurut beliau, buku ini mengisahkan tentang penulis yang merupakan seorang anak muda Kristian Katolik dalam perjalanan mencari sinar dalam agama Islam. Minat tanpa dipaksa ini bermula sejak penulis di alam persekolahan, sifat meminati Islam semakin menebal ketika beliau melanjutkan pelajarannya kerana dikelilingi kawan-kawan yang beragama Islam setiap masa. Pelbagai rintangan terpaksa ditempuh dan akhirnya penulis berjaya memeluk agama Islam secara sah. Diakhir ulasan, pengulas menasihatkan agar jangan takut untuk melakukan perubahan jika ia baik untuk diri sendiri.

Pengulas seterusnya Ahmad Khairu Bin Mahfuz telah memilih buku Blood Diamonds karya Greg Champbell.  Buku ini menceritakan sisi gelap perlombongan berlian di Sierra Leone, Afrika Barat yang dijual ke pasaran di London, Antwerp dan New York. Tambah pengulas, keadaan ketika itu sangat tegang kerana rakyat telah dipaksa menjadi buruh serta hak mereka telah diketepikan. Buku yang sarat dengan kisah suka duka wajar dibaca bagi merasai suasana pahit getir yang dialami pada masa tersebut. Buku ini juga telah diadaptasi dalam filem Blood Diamond lakonan Leonardo DiCaprio terbitan 2006.

Semoga sesi perkongsian buku ini dapat diteruskan oleh staf Perpustakaan terutama untuk mengisi masa ketika bekerja di kala pandemik.

Share this :