Dua orang pengulas Program BookSharing UTM Kuala Lumpur (UTM KL) bagi siri 9 yang diadakan pada 10 Jun 2021 menampilkan Puan Nor Fazila Binti Mohd Salleh, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pejabat Perkhidmatan Digital UTM KL dan Puan Noor Aniza Binti Ghzali@Ghazali, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UTM KL. Moderator program ialah Puan Nurrul Huda Binti Abdul Wahid, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM KL.

Pengulas pertama iaitu Puan Nor Fazila Binti Mohd Salleh memilih buku bertajuk 7 Keajaiban Diet Rasulullah yang ditulis oleh Hamid Addin. Menurut beliau, buku ini memberi panduan diet yang paling berkesan dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai rujukan.  Kitab sirah ada menyatakan bahawa baginda sentiasa kekal sihat, cergas dan kuat.

Perkara asas dalam penjagaan makanan adalah menjaga adab sebelum, ketika dan selepas makan. Diikuti dengan makanan sunnah seperti kurma, kismis dan habbatussauda. Selain itu, Rasulullah mengamalkan air zam-zam, susu kambing dan air madu sebagai minuman. Tidak ketinggalan, Rasulullah turut melakukan aktiviti sukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seperti memanah, berenang dan sebagainya.

Puan Noor Aniza Binti Ghzali@Ghazali mengulas buku bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeli

Pengulas kedua Puan Noor Aniza Binti Ghzali@Ghazali memilih buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil karya Fathuri Salehuddin. Di dalam buku ini, penulis menjelaskan definisi rezeki dan pengalaman penulis sendiri mengenai rezeki. Tambahnya lagi, rezeki bukanlah  bersifat kebendaan seperti wang atau harta tetapi ia termasuklah nikmat kesihatan, jodoh dan hidayah dari Allah s.w.t. Turut dimuatkan di dalam buku ini ialah teknik menjemput rezeki dengan mendoakan orang lain tanpa pengetahuannya, bersedekah dan bersyukur dengan kurniaa Allah s.w.t.

 

Share this :