Perkongsian Buku Bersama Staf Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (UTM KL) pada Siri 3/2021  telah diadakan menerusi aplikasi Webex. Perkongsian tersebut membawakan dua orang staf iaitu Puan Nurul Hatikah Binti Hasan dan Encik Mohd Azalan Bin Mohd Lazim, Pembantu Pustakawan. Manakala moderator program ialah Encik Mohd Jeffry bin Sulaiman.

Pengulas pertama, Puan Nurul Hatikah Binti Hasan memilih buku berjudul “Lana Living As an Autistic” hasil karya Syahirah Omar dan Lana Darwisya. Buku dwibahasa ini merupakan tulisan anak austik bersama ibunya yang pertama di Malaysia menceritakan pengalaman dan luahan hati mereka dalam satu naskhah mampu menyentuh hati para pembaca. Pelbagai rintangan dilalui dalam membesarkan anak termasuklah masalah rumah tangga yang dihadapi serta mengalami depresi yang teruk. Beberapa tips dikongsikan bagi mengatasi masalah yang dicoretkan sebagai panduan dan rujukan kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti Lana.

Pengulas seterusnya adalah Encik Mohd Azalan Bin Mohd Lazim memilih buku yang bertajuk Manual Pertolongan Cemas. Buku ini merupakan panduan komprehensif untuk merawat mangsa tidak mengira lapisan umur di dalam sebarang situasi kecemasan. Pengulas menyatakan bahawa isi kandungan buku yang lengkap dengan ilustrasi dan gambar sangat mudah difahami untuk dipelajari sebagai pengetahuan penting dalam kehidupan. Selain itu, antara intipati turut disampaikan dalah penerangan mengenai cardiopulmonary resuscitation (CPR), penyebab jantung berhenti dan Konsep (Danger Response Airways Breathing Circulation) DRSABC.

Semoga perkongsian ini diteruskan dan bermanfaat untuk memenuhi keperluan sepanjang tempoh bekerja dari rumah sewaktu tempoh PKP dilaksanakan.

 

Share this :