Program Book Sharing @ UTM Kuala Lumpur (UTM KL) siri ke 10/2021 telah menjemput dua orang pengulas iaitu Puan Shahira Yusnina Binti Yahya, dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM KL dan Encik Shamsul Bin Omar, dari Jabatan Harta Bina UTM KL. Moderator program ialah Puan Sharifah Ezathul Imma Syed Zainal Abidin, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM KL.

Puan Shahira Yusnina Binti Yahya mengulas buku bertajuk Teknik Suntingan Foto Terbaik

Pengulas pertama, Puan Shahira Yusnina Binti Yahya memilih buku Teknik Suntingan Foto Terbaik yang ditulis oleh Imran Abdul Jabar. Buku ini ditulis khas bagi yang ingin mempelajari untuk menghasilkan dan menyunting gambar dengan terperinci dan berkesan menggunakan perisian adobe photoshop. Buku ini menggunakan bahasa Melayu dan terminologi komputer yang mudah difahami serta memberi panduan lengkap dan mudah diikuti untuk semua tahap penguasaan perisian yang digunakan. Antara perkara yang turut dikongsikan adalah teknik memilih antara imej asal dengan imej suntingan, gambar hitam putih dan gambar serta teknik close up ketika mengambil gambar.

Encik Shamsul Bin Omar mengulas buku bertajuk 30 Penyebab Sempit Rezeki

Pengulas kedua, Encik Shamsul Bin Omar yang mengulas buku bertajuk 30 Penyebab Sempit Rezeki karya Wan Jamaludin Syukur. Sebagai pendahuluan, penulis telah memuatkan firman daripada Allah swt dan kisah-kisah zaman Nabi dan Rasul berkaitan penyebab rezeki sempit. Menurut beliau, Antara penyebab sempit rezeki adalah seperti meninggalkan solat, derhaka kepada orang tua, memutuskan hubungan kekeluargaan, kebiasaan berbuat dusta(berbohong), perilaku riak, merahsiakan ilmu pengetahuan, mengingkari janji, menyebarkan fitnah dan yang terakhir mengungkit pemberian.

 

Perkongisan selama setengah jam ini telah mendapat lebih kurang 100 penonton dan diharapkan agar perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru kepada semua yang menonton.

Share this :