Perkongsian buku bersama staf Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (UTMKL) Siri 4/2021 telah diadakan menerusi aplikasi Webex. Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh Encik Shaharudin Bin Ali, Pembantu Pemuliharaan Perpustakaan UTMKL dengan buku pilihannya “Tak perlu sentap-sentap”, dari penulis Tinta Akbar, manakala Puan Yasmin Binti Hamzah pula telah dilantik sebagai moderator bagi sesi perkongsian buku siri kali ini.

Buku ini mampu menyentuh hati pembacanya serta dipenuhi dengan pelbagai input yang bernas dan sesuai untuk dijadikan sebagai bacaan santai. Penekanan diberikan mengenai gaya hidup remaja secara holistik berdasarkan kepada trend fesyen, hobi, agama sehinggalah tentang pengurusan kewangan peribadi. Melalui perkongsian ini, pengulas telah menceritakan pengalaman beliau sewaktu di usia remaja dan perbezaannya dengan remaja masa kini yang disebabkan oleh peredaran zaman dan jurang perbezaan teknologi yang amat ketara.

Pengulas merumuskan pembentukan seseorang individu adalah dari akar umbinya dan kewujudan teknologi tidak boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang memberikan impak yang negatif. Sekiranya teknologi digunakan dengan cara yang betul, ia dapat menghasilkan sebuah permata yang sangat bernilai. Pengulas berharap pendengar yang mengikuti sesi perkongsian ini dapat menjadikan intipati yang diperolehi dan mengaplikasikan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan harian.

Share this :