Majlis Penghargaan dan Perpisahan En. Mohammad Fikri Bin Yusof telah diadakan pada 16 Julai yang lalu bagi menghargai jasa dan bakti perkhidmatan beliau di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Walaupun tidak dapat meraikan secara bersemuka di pejabat disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majlis tetap diteruskan dan disambut secara sederhana namun amat bermakna bagi semua warga Perpustakaan UTMKL.

Setelah 6 tahun berkhidmat di Perpustakaan UTMKL, kini beliau akan berpindah dan meneruskan kerjayanya di Perpustakaan UTM Johor Bahru bermula 21 Julai ini dan sekaligus memegang jawatan Pustakawan, S41. Majlis dijalankan secara santai dengan ucapan khas dari Timbalan Ketua Pustakawan (TKPKL) Puan Nik Masriza Zakaria dan juga ucapan terakhir oleh En. Mohammad Fikri sebagai yang diraikan.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau. Semoga segala tunjuk ajar, gurau senda dan gelak tawa menjadi kenang-kenangan untuk semua warga Perpustakaan UTMKL.

Berasah parang bersepuh lama,
Menjadi senjata pahlawan handal,
Susah senang ditempuh bersama,
Menjadi jasa buat yang tinggal.


Terima kasih dan selamat maju jaya kepada En. Mohammad Fikri Bin Yusof. Semoga kenaikan pangkat ini menyuntik semangat beliau untuk terus menjalankan amanah, tugas dan tanggungjawab yang terbaik demi kecemerlangan diri dan Perpustakaan UTM khasnya.

Share this :