Minggu Mesra Mahasiswa (3M) telah diadakan selama 3 hari bermula 28-30 Julai 2021. Kira-kira 617 mahasiswa Diploma dan Asasi baharu terlibat untuk sesi Taklimat Perpustakaan ini. Taklimat yang diadakan secara atas talian ini menggunakan platform WEBEX yang telah dikendalikan oleh Pustakawan Puan Nurrull Huda Abdul Wahid dan Puan Nor Ayesha Mohd Ezanee.


Menerusi taklimat ini, mahasiswa telah didedahkan kepada informasi berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Perpustakaan UTMKL dan juga perkhidmatan yang boleh dicapai secara atas talian.

Taklimat diakhiri dengan permainan kuiz menggunakan Kahoot! bagi menguji kefahaman mereka sepanjang taklimat berlangsung dan 3 orang yang memberikan jawapan yang tepat dan cepat telah diumumkan sebagai pemenang. Tahniah!

Kepada semua mahasiswa baharu, selamat datang dan SYABAS kerana menjadi sebahagian daripada warga UTM. Semoga kalian peroleh kejayaan yang terbaik sepanjang tempoh pengajian di UTM.

Share this :