Pada 29 Julai yang lalu, telah diadakan pembentangan latihan industri secara atas talian menggunakan platform WEBEX. Pembentangan ini melibatkan dua (2) orang pelajar praktikal iaitu Aimie Sofea Binti Mohd Asri dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dan Syakira Ilmi Binti Sa’adon dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana.

Latihan industri ini bermula pada 1 Mac dan berakhir pada 31 Julai 2021. Sepanjang berlangsungnya latihan industri ini, kedua- dua pelajar ini telah mengikuti taklimat dan menjalankan tugas dengan baik dan komited. Tugasan telah diagihkan mengikut unit secara penggiliran berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.


Sesi pembentangan ini turut melibatkan pustakawan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur selaku pihak yang menilai. Penambahbaikan dan perkongsian idea turut diberikan sebagai asas dan dorongan dalam melakukan kerja dengan lebih baik.


Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga segala pembelajaran dan pengajaran dapat dijadikan panduan untuk kejayaan masa hadapan.

Share this :