Sempena Hari Kemerdekaan ke-64, Kelab Keluarga Staf Perpustakaan UTM (KKSPUTM) telah menganjurkan Pertandingan Foto Merdeka. Pertandingan yang dibuka kepada semua ahli kelab ini  memaparkan foto kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan bersama keluarga atau  rakan untuk dipertandingkan. Pertandingan bermula pada 23 Ogos 2021 sehingga 1 September 2021.

Seramai 8 orang ahli kelab telah menyertai pertandingan ini dengan memuat naik foto berserta kata-kata hikmah melalui  facebook KKSPUTM JB. Seramai 3 orang juri telah dilantik iaitu Encik Mohamad Syafiq Bin Salamat selaku Yang Dipertua Kelab, Encik Mohd Fuad Bin Mohamed Yusof, dan Encik Wan Jamal Bin Mohd Ariff.

Berikut adalah pemenang bagi pertandingan Foto Merdeka anjuran KKSPUTM :

Tempat Pertama: Encik Hasanul Manzar Bin Ismail telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100.

 

Tempat Kedua: Encik Faizal Bin Fadzil telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM70

 

Tempat Ketiga: Puan Nor Amalina Binti Mohamad telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM50

Pihak KKSPUTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang menyokong pertandingan ini. Syabas dan tahniah kepada pemenang. Semoga pertandingan seumpama ini dapat menyemai semangat cintakan tanahair dalam diri warga Perpustakaan UTM.

Share this :