Kelab ARC UTM (Adventure and Recreation Club) telah menganjurkan satu aktiviti pembersihan laluan treking Hutan Rekreasi UTM pada 1 Oktober 2021. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengalaman baharu kepada peserta dalam rangka menyediakan persekitaran selamat untuk peminat aktiviti treking dan pengembaraan dalam hutan di UTM.


Seramai 24 orang peserta terlibat terdiri daripada ahli ARC, staf, pelajar dan orang awam dengan mematuhi SOP ditetapkan. Ahli Jawatankuasa Green Office Perpustakaan UTM yang turut serta adalah Encik Mohd. Nasir bin Ibrahim dan Encik Noor Effendy bin Hamzah. Staf Perpustakaan UTM yang turut hadir adalah Puan Nor Hafiza Daud binti Kaiyin, Puan Zuraini binti Zulkiflee dan Encik Fahmi bin Moksen.


Di antara aktiviti dilakukan adalah membersihkan laluan treking sambil mengutip sampah. Laluan treking perlu dibersihkan daripada pokok tumbang, anak-anak pokok yang mula tumbuh di sepanjang laluan serta pembaikan penanda trek untuk aktiviti malam.


Perjalanan selama hampir sejam bermula dari pukul 8.00 pagi dari tempat permulaan di kawasan parkir Arked Angkasa dan tamat di Lata Jernih pada jam 11.00 pagi.

Share this :