Bengkel mengkatalog tesis menggunakan sistem KOHA Perpustakaan UTM telah dilaksanakan pada 17 November 2021 di Makmal Pencarian Maklumat, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS). Lima (5) orang Pustakawan (S41) lantikan baharu telah menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh  Encik Noor Effendy bin Hamzah, Pustakawan Kanan, Unit Koleksi Khas, Seksyen Koleksi Khas & Galeri . Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada  Pustakawan baharu kaedah asas mengkatalog tesis dan juga bagi memenuhi keperluan latihan selama 40 jam.

Fasilitator telah menerangkan teknik pencarian subjek dan nombor panggilan yang merupakan pengetahuan asas dalam mengkatalog bahan serta penggunaan pangkalan data Classification Web dari Library of Congress dalam pengkelasan bahan mengikut subjek. Sebagai latihan, Pustakawan perlu menyemak semula tiga (3) contoh tesis serta melengkapkan maklumat bibliografik termasuk menyemak semula input ringkas oleh Pembantu Pustakawan Unit Koleksi Khas sebagai pengukuhan kefahaman mengkatalog bahan.

Share this :