Pada 5 Januari 2022, telah diadakan sesi lawatan secara maya bagi keperluan akreditasi semula Program Akademik Prasiswazah Program Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik dengan Kepujian di UTM Johor Bahru. Sesi lawatan secara maya ini mengambil masa selama 30 minit. Di awal sesi, Panel Auditor telah memberikan kata alu-aluan dan perincian akreditasi semula kepada semua yang terlibat. Seterusnya Puan Nor Aishah P Mosar, Pustakawan Perpustakaan UTM menerangkan secara ringkas mengenai sumber dan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan UTM. Manakala Encik Mohamad Admin Sadali, Pembantu Perpustakaan UTM memandu lawatan secara maya ke ruangan penyimpanan koleksi tesis yang ditempatkan di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.

Sesi lawatan secara maya ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara Panel Auditor dan Pustakawan mengenai perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan, Portal DMS bagi mendapatkan koleksi penuh thesis dan lain-lain lagi. Pihak auditor amat berpuas hati dengan maklumbalas yang diterima dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Perpustakaan UTM.

Share this :