Program bicara karya  anjuran Jabatan Perpustakaan UTM telah diadakan pada 16 Februari 2022 secara langsung melalui FB Live Perpustakaan UTM dan Youtube UTM Library TV. Panel program bicara karya kali ini menampilkan Dr. Mohd Khairy bin Kamarudin, Pensyarah Kanan, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UTM. Manakala moderator program pula ialah Puan Nor Shaliza binti Mohd Basarudin, Pustakawan Perpustakaan UTM.

Dr. Mohd Khairy mengulas buku berjudul “Strategi Lautan Biru” oleh W. Chan Kim dan Renee Mauborgne. Buku ini dihasilkan berdasarkan kajian 150 langkah strategik yang merangkumi lebih dari seratus tahun dan tiga puluh industri, Kim dan Mauborgne berhujah bahawa syarikat boleh berjaya dengan mewujudkan “lautan biru” ruang pasaran yang belum dipertandingkan, bertentangan dengan “lautan merah” di mana pesaing berjuang untuk dominasi, analogi adalah bahawa lautan yang penuh dengan persaingan kejam menjadi merah dengan darah. Selain itu, buku ini menegaskan bahawa langkah-langkah strategik ini mewujudkan lonjakan nilai bagi syarikat, pembeli, dan pekerjanya serta rangka kerja dan alat analisis bagi memupuk keupayaan sesebuah organisasi untuk berkerja secara sistematik

Dr. Mohd Khairy seterusnya menyatakan buku ini sewajarnya difahami dan dihayati kerana nilai-nilai inovasi dan penglibatan pemegang taruh di dalam dunia perniagaan. Konsep BOS adalah untuk mencipta ruang pasaran baharu kos rendah dengan memahami nilai pembeli. BOS bukan mengenai ‘mematikan’ persaingan,ia adalah mengenai membuat pertandingan dalam perniagaan, bukan menghapuskan pesaing perniagaan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dengan mencipta perancangan yang strategik serta mewujudkan kepercayaan dalam kalangan pembeli kepada produk yang dihasilkan dan semesti ianya memberi faedah dan mempunyai kualiti yang tinggi.

Share this :