Siri keempat program Read & Relax Perpustakaan UTM Johor Bahru bagi tahun 2022 telah berlangsung pada 24 Mac 2022, Khamis jam 11.00 pagi dengan menjemput dua orang pengulas iaitu Dr. Nur Najwa Hanani binti Abd Rahman, Pensyarah Kanan Pensyarah Kanan, FSSH UTM dan Dr. Mohd  Khairy Kamarudin, Pensyarah Kanan, FSSH UTM. Moderator ialah En Mohd Salihuddin Bin Bakri, Pembantu Pustakawan, Perpustakaan UTM.

Pengulas pertama iaitu Dr. Mohd  Khairy Kamarudin telah berkongsi buku bertajuk Cerita dari Langit ditulis oleh Ibnu Rijal terbitan tahun 2016. Cerita dari langit merungkai hikmah setiap peristiwa yang dilihat dan dilalui oleh Rasululllah S.A.W sepanjang perjalanan pada malam Israk dan Mikraj. Penceritaan secara lengkap serta berturutan berdasarkan sumber sahih. Menurut pengulas, buku ini dianalisa secara logik iman dan akal untuk dijadikan sebagai pengajaran untuk kita meneruskan kehidupan.

Dr. Mohd  Khairy Kamarudin mengulas buku bertajuk Cerita dari Langit

Pengulas telah mengupas kata hikmah yang diselitkan di dalam buku ini iaitu melalui lirik lagu Tanya sama itu Hud Hud dan Aku Maafkan kamu yang memberi pengajaran dalam setiap bait-bait lagu tersebut. Pengulas berasakan buku ini memberi pendedahan kepada beliau untuk memperbaiki diri sendiri  dan berubah kearah lebih baik dengan mempelajari perkara baharu.

Dr. Nur Najwa Hanani binti Abd Rahman mengulas buku bertajuk Sahabat Syurga.

Pengulas kedua iaitu Dr. Nur Najwa Hanani binti Abd Rahman telah berkongsi buku bertajuk Sahabat Syurga ditulis oleh Bunda Nur. Menurut pengulas, buku ini boleh dijadikan manual bagaimana kita ingin menjadi sahabat yang baik dan dicintai oleh sahabat yang lain. Pengulas beranggapan setelah membaca 55 kisah penulisan bahan ini, pengulas telah disuntik elemen positif dalam jiwa ketika diuji kerana dikelilingi sahabat-sahabat yang baik.

Selain itu, kata-kata hikmah bagi buku ini dinukilankan oleh Imam Syafiei iatu” Jika engkau punya sahabat yang selalu membantumu dalam mentaati Allah maka kau peganglah dia erat-erat dan janganlah kau lepaskannya. Mencari sahabat baik itu susah melepaskan itu sangat mudah.” Pengulas beranggapan dikurniakan sahabat yang baik juga merupakan satu rezeki kiriman Allah. Akhir sekali, pengarang mengatakan kesemua 55 penulis yang mengarang buku ini mengharapkan agar semua orang dapat membawa sahabat-sahabat mereka ke syurga.

 

Share this :