Sumbangan bahan yang diterima bagi Januari hingga Mac tahun 2022 adalah sebanyak 531 naskhah. Jumlah bahan yang diterima adalah mengikut pecahan lokasi Perpustakaan iaitu Perpustakaan Sultanah Zanariah Johor Bahru (PSZ JB) sebanyak 397 naskhah manakala Perpustakaan Sultanah Zanariah Kuala Lumpur sebanyak 134 naskhah.
Buku-buku ini adalah merupakan hasil sumbangan daripada Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Dr. Doria Abdullah (Pensyarah UTM), Johor Corporation (JCorp), Brig Jen Dato’ Dr Mohad Yunus Masjuki (TUDM), dan ramai lagi.