Sempena sambutan Hari Buku Sedunia, Perpustakaan telah mengadakan program Read & Relax Edisi Khas sempena Sesi Jom Baca Bersama 10 Minit 2022 pada 21 April 2022 bertempat di Library Lounge, Perpustakan Sultanah Zanariah. Program pada kali ini telah menjemput Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar yang sudi untuk mengulas sebuah buku bertajuk Wellbeing at Work: How to Build Resilient and Thriving Teams. Moderator bagi program kali ini adalah Puan Khairulbahiyah Yaakub, Ketua Seksyen Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan Perpustakaan UTM. Menarikny, Read & Relax Edisi Khas telah dimulakan dengan tayangan montaj sambutan Hari Buku Sedunia dan diikuti dengan Sesi Jom Baca Bersama 10 Minit 2022 yang bertemakan “Bangkit Baca dan Bersyukur”.

Buku ini adalah berdasarkan 100 juta wawancara di 160 negara yang mengukur kesejahteraan dari beberapa sudut dalam kehidupan seharian. “Kesejahteraan pekerja anda mempengaruhi setiap aspek prestasi perniagaan anda,” menurut Jim Harter, dan apa yang menarik tentang isi kandung yang terdapat dalam buku ini adalah pengarang ada memasukkan sedikit isu covid-19 dalam perbincangan, iaitu bagaimana covid boleh memberi kesan kepada staf dan warga organisasi.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar mengulas sebuah buku bertajuk Wellbeing at Work: How to Build Resilient and Thriving Teams.

Kesejahteraan kerjaya mempengaruhi kehidupan seharian bekerja dimana adakah kita mampu menghadapi cabaran-cabaran kerja yang mendatang sambil menjalani kehidupan yang seimbang. Bagi meningkatkan kesejahteraan pekerjaan di tempat kerja pelbagai aspek perlu diseimbangkan sama ada dari segi kesejahteraan sosial, fizikal, intelektual dan kesihatan persekitaran tempat kerja. Kerjaya yang selari dengan kepercayaan pekerja akan meningkatkan produktiviti. Displin yang baik dalam diri pekerja juga adalah cara untuk meningkatkan kesejahteraan pekerjaan. Hadir tugas menepati masa, menyiapkan tugasan yang diberi mengikut masa ditetapkan, serta mematuhi arahan pegawai atasan atau pun majikan.

Kesejahteraan sosial seperti kesihatan, tahap pendidikan, perasaan aman, kebebasan, persamaan, keadilan sosial, serta persekitaran yang sihat. Dalam pengertian ini, kesejahteraan sosial seiring dengan perkembangan manusia. Hubungan yang baik dapat mewujudkan kesejahteraan sosial di tempat kerja, dimana suasana yang dapat membangkitkan jiwa untuk melakukan sesuatu perkara mahupun tugasan dengan efisien. Kesejahteraan kewangan pula, memainkan peranan yang penting dimana kita seharusnya pandai dalam meguruskan kewangan pepatah ada menyatakan “mengukur baju dibadan sendiri” ini membawa maksud berbelanjalah dengan mengikut kemampuan sendiri. Belilah sesuatu mengikut keperluan bukan mengikut kehendak.

Kesejahteraan fizikal bermaksud jika kita sihat, segala tugasan mahupun urusan dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas. Dalam buku ini menyarankan kesejahteraan fizikal setiap orang sebenarnya akan menyumbangkan kepada kesihatan organisasi. Di UTM beberapa aktiviti bagi menyokong kesejahteraan fizikal telah dilaksanakan seperti Healty LifeStyle, Car free day, dan beberapa aktiviti lain, secara tidak langsung ini menyumbang kepada kesihatan organisasi. Kesejahteraan Komuniti dimana kita suka dengan tempat kerja kita mahupun tempat kita duduk, amalan seperti  saling tolong menolong antara satu sama lain dan ini dapat menghidupkan kesejahteraan dalam komuniti itu sendiri. Selain itu, penglibatan dalam aktiviti-aktiviti seperti aktiviti sukarelawan dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan masyarakat sejagat mahupun masyarakat luar.

Share this :