Program Perkongsian Ilmu bersama Akademi Zakat – PPZ MAIWP anjuran Jabatan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah diadakan secara langsung melalui aplikasi Webex dan dipancarkan di Facebook UTM Library Kuala Lumpur pada Rabu, 6 Julai 2022. Panel jemputan ialah Prof.Dr. Roshayani Binti Dato’ Arshad, Ketua Eksekutif INTEC Education College. Manakala moderator program ialah Puan Nurrul Huda Binti Abdul Wahid, Pustakawan Kanan, Jabatan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat dari Institusi Korporat merupakan kajian yang dilaksanakan oleh Akademi Zakat (AZKA) dengan Kerjasama Accounting Research Institute (ARI), Universiti Teknologi MARA(UiTM). Kajian ini ditulis sendiri oleh Prof. Dr. Roshayani, PM Dr Ruhaini Muda, PM Dr Rina Fadhilah Ismail dan Zuraidah Mohd Zam turut mencadangkan penambahbaikan yang perlu  dilaksanakan oleh Institusi Zakat dari perspektif pendekatan berasaskan nilai (value-based).

Kewajiban membayar zakat sangat jelas terhadap individu yang beragama Islam. Prof.Dr. Roshayani menjelaskan terdapat dua (2) perspektif pembayaran zakat korporat di Malaysia, sama ada wajib atau secara sukarela. Institusi kewangan Islam dibawah Bank Negara Malaysia sahaja yang diarahkan untuk membayar zakat secara wajib. Selain daripada itu, pembayaran zakat adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, beliau menyatakan, Institusi zakat boleh melakukan sesuatu untuk mengoptimakan kumpulan pembayar zakat korporat yang tidak diwajibkan membayar zakat tetapi boleh juga membuat pembayaran zakat kerana ianya memberi impak kebaikan kepada entiti yang membayar dan penerima zakat tersebut.

 

Beliau menghuraikan tiada kriteria untuk bukan Islam tidak membayar zakat. Syarikat korporat yang memahami peluang yang diambil dengan pembayaran zakat tersebut, Selain dari penolakan cukai, ia dapat meningkatkan projek-projek yang dimasukkan dibawah projek CSR syarikat. Secara keseluruhan ianya memberikan kebaikan kepada semua, kepada syarikat dan kepada golongan asnaf yang menerima bantuan zakat.

Prof. Dr. Roshayani juga turut memaparkan slaid kajian yang dijalankan oleh beliau dan ahli-ahli kumpulan beliau. Beliau menyatakan bahawa zakat korporat adalah satu sumber dana untuk membangunkan semula negara kita dari ketidakstabilan ekonomi semasa.

 

Di peringkat institusi zakat, keperluan untuk meningkatkan kepercayaan antara pembayar zakat, orang ramai dan institusi zakat. Prof.Dr. Roshayani berpendapat AZKA memainkan peranan penting untuk PPZ-MAIWP dalam meningkatkan penambahbaikan secara berterusan.

Share this :