Pameran sempena Sambutan 50 Tahun UTM “UTMKL HIGHLIGHTS” telah berlangsung di Aras 2, Ruang Pameran Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Perpustakaan UTM, UTM Kuala Lumpur. Pameran ini yang bermula 1 Julai 2022 hingga 30 Disember 2022 diadakan sempena meraikan kejayaan cemerlang UTM dan memfokuskan kepada pembangunan yang telah dialami UTM Kuala Lumpur sepanjang 50 tahun kewujudannya.

Pameran ini menyediakan maklumat sejarah dan kronologi transformasi UTM Kuala Lumpur serta poster dan maklumat menarik mengenai bangunan ikonik di kampus ini. Melalui pameran ini, pengunjung dapat menambah ilmu pengetahuan serta berpeluang untuk mengetahui lebih mendalam tentang sejarah pembangunan UTM Kuala Lumpur. Selain itu, pameran ini juga boleh diakses secara maya di alamat URL virtualgallery.utm.my/utmklhighlights

Share this :