Perpustakaan UTM telah menganjurkan Siri Jelajah ke Akademi Tamadun Islam bersempena dengan “UTM Library Research Week” pada 13 Oktober 2022 dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Program ini merupakan salah satu initiatif Jabatan Perpustakaan dalam usaha menyebarluas maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan terkini atau yang telah ditambah baik oleh Perpustakaan UTM.

Terdapat beberapa kaunter disediakan bagi menjawab pertanyaan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan di Perpustakaan seperti RADIS, peminjaman dan pemulangan serta proses kemaskini maklumat ahli perpustakaan, pertanyaan berkaitan penyelidikan serta jualan buku terbitan Perpustakaan UTM yang ditawarkan dengan harga istimewa dan tidak ketinggalan kuiz untuk menguji minda.

Para pengguna yang hadir juga berpeluang membuat peminjaman buku terpilih dalam pelbagai kategori seperti ilmiah dan fiksyen & sastera. Perpustakaan UTM juga telah menjayakan satu sesi khas Program Read and Relax bersama Warga Akademi Tamadun Islam pada jam 11.00 pagi di ruang legar Pejabat Akademi Tamadun Islam dan turut diadakan secara Live di Facebook Perpustakaan UTM. Sesi Read Relax telah diadakan pada 11.30 pagi di lokasi yang sama melibatkan panel berikut:

Pengulas Pertama : Dr. Mohammad Naqib Hamdan
Tajuk buku : “Daging Kultur: Sejarah, Konsep dan Hukum Islam”
Pengulas Kedua: Dr. Tan Joo Siang
Tajuk buku : Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor
Moderator: Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Abu@Hussin

Program yang dijalankan telah mendapat sambutan baik dan input yang positif dari pihak Akademi Tamadun Islam. Perpustakaan UTM juga telah menerima beberapa sumbangan buku dari pesyarah Akademi Tamadun Islam untuk dijadikan sebagai sebahagian Koleksi Perpustakaan UTM.

Share this :