Siri Jelajah ke Fakulti Alam Bina dan Ukur bersempena dengan “UTM Library Research Week” telah diadakan pada 17 Oktober 2022 dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Program ini merupakan salah satu initiatif Jabatan Perpustakaan dalam usaha menyebarluas maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan terkini atau yang telah ditambah baik oleh Perpustakaan UTM.

Terdapat beberapa kaunter disediakan bagi menjawab pertanyaan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan di Perpustakaan seperti RADIS, peminjaman dan pemulangan serta proses kemaskini maklumat ahli perpustakaan, pertanyaan berkaitan penyelidikan serta jualan buku terbitan Perpustakaan UTM yang ditawarkan dengan harga istimewa dan tidak ketinggalan kuiz untuk menguji minda.

Para pengguna yang hadir juga berpeluang membuat peminjaman buku terpilih dalam pelbagai kategori seperti masakan, kreatif dan seni bina yang berjumlah 40 naskhah.    Program yang dijalankan telah mendapat sambutan yang amat baik dari Warga FABU.

Share this :