Sesi jelajah fakulti “Library Engagement” di bawah Perpustakaan UTM KL ini telah diadakan pada 15 Disember 2022 (Khamis) bertempat di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT). Sesi tersebut telah berlangsung selama bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

Sepanjang sesi jelajah ini, perkongsian maklumat berkenaan  Data Penerbitan MJIIT serta Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan yang ditawarkan oleh Perpustakaan UTM telah disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Nurrull Huda Abdul Wahid dan turut disertai oleh dua orang Pustakawan Perantara MJIIT iaitu Puan Sharifah Ezathul Imma Syed Zainal Abidin dan Puan Sharifah Radhiah Syed Azman.

Sesi perkongsian selama satu jam  turut disertai oleh Timbalan Dekan Akademik MJIIT Prof. Madya Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar dan Ts. Dr. Norhasnidawani Binti Johari selaku Pengurus Projek Khas Penyelidikan.

Semoga sesi ini dapat membantu staf akademik di MJIIT untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTM dalam menyokong proses pembelajaran dan penyelidikan.

Share this :