Pada 13 Disember 2022 (Selasa), jam 10.00 pagi, Jabatan Perpustakaan UTM di Bangunan Raja Zarith Sofiah (PRZS) telah menerima kunjungan lima (5) orang pelawat dari Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar yang diketuai oleh Puan Sabrina Binti Ibrahim.

Lawatan bermula dengan sesi pembentangan di Bilik Mesyuarat Eksekutif PRZS, berkaitan latarbelakang, fungsi dan aktiviti Bilik Koleksi Khas oleh Timbalan Pustakawan, En Mohd Fuad Bin Mohamed Yusof. Pihak Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar turut berkongsi keadaan semasa Pusat Rekod Jabatan (PRJ) Arkib Universiti yang menempatkan dokumen-dokumen tidak aktif dan menunggu untuk pelupusan.

Perbincangan turut menyenaraikan pandangan dan cadangan ahli mesyuarat dalam menaik taraf pusat ini. Sesi diakhiri dengan lawatan tapak ke Bilik Koleksi Khas Jabatan Perpustakaan PRZS. Pihak Jabatan Perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar memilih Jabatan Perpustakaan sebagai lokasi penanda aras.

Share this :