Pada 12 Januari 2023, telah diadakan Taklimat Ringkas oleh Timbalan Ketua Perpustakaan Kuala Lumpur (TKPKL) bersama staf Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Taklimat ini dimulai dengan ucapan selamat tahun baru daripada Pn Nik Masriza Zakaria,  serta beberapa pesanan penting untuk semua staf.

Antara yang dinyatakan dalam taklimat ini adalah pentingnya untuk berasa gembira sebelum memulakan pekerjaan dan sekaligus hal ini dapat membantu diri untuk sentiasa bersedia dalam mengharungi tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan walaupun berada di bawah tekanan.

Menurut beliau lagi, tahun 2023 ini sewajarnya menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya. Adalah penting untuk warga Perpustakaan UTM KL untuk meningkatkan kualiti diri, keluarga dan terutamanya organisasi bersesuaian dengan diri kita sebagai penjawat UTM khususnya Perpustakaan UTM.

TKPKL mengungkapkan sebuah frasa yang menarik iaitu ‘We need to be seen’. Hal tersebut adalah berkaitan produktiviti dan pentingnya untuk berterusan memperbaiki kualiti diri sekaligus dapat memberikan aura postitif dalam kalangan rakan sekerja. Semestinya, perbincangan bersama dalam satu-satu unit dapat memberikan impak luar biasa dalam penghasilan kerja. Beliau turut menyentuh mengenai ‘Talent Optimization’ yang ditekankan oleh UTM sekarang ini.

Sebelum mengakhiri taklimat ringkas ini, beliau menegaskan budaya membaca buku dalam kalangan staf perpustakaan perlu ditingkatkan lagi kerana budaya membaca mampu mendidik akal dan juga menyuburkan jiwa manusia.

Share this :