Pada 12 Februari 2023, seramai 70 orang dari St. John Institute Kuala Lumpur telah melawat Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Lawatan ini adalah anjuran program Kolej Pelajar Luar Kampus dan diiringi oleh Felo Kolej, En Mohamad Firdaus Bin Majid ke perpustakaan sekitar jam 3 petang. Aturcara lawatan dikendalikan oleh staf bertugas pada hari tersebut dan para pelawat dibawa melawat ke sekitar perpustakaan dan menerangkan fungsi serta ruang yang terdapat di perpustakaan. 

Pada 13 Februari, pihak Perpustakaan UTM KL turut menerima lawatan yang terdiri daripada 6 orang pelajar Kolej Islam Antarabangsa, Gombak. Pihak perpustakaan dimaklumkan bahawa para pelajar tersebut sedang dalam proses untuk menyiapkan tugasan untuk projek pengurusan mereka dan telah memilih Perpustakaan UTM KL sebagai subjek tugasan. Pustakawan Kanan, Noor Ayesha Mohd Ezanee telah membantu dengan memberikan banyak input yang diperlukan oleh para pelajar tersebut.

Terima kasih kerana sudi memilih Perpustakaan UTM Kuala Lumpur sebagai lokasi lawatan rasmi dalam mendapatkan maklumat dan diharapkan agar segala maklumat yang telah disampaikan dapat membantu para pelajar tersebut untuk menyiapkan tugasan mereka dengan sempurna.

Share this :