Pada 19 Januari 2023, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Buluh Kasap, Segamat. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti sesi lawatan yang telah dikendalikan oleh Puan Suraya Jaapa dan Puan Rohayu Mohamad Hatim. Lawatan tersebut telah berlangsung bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada 4.00 petang.

Peserta lawatan telah diberikan penerangan berkaitan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTM kepada para penggunanya dan mereka sangat teruja merasai persekitaran pembelajaran di UTM yang turut menempatkan pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.

Para pelawat turut dibawa ke Galerium Perpustakaan UTM yang menempatkan pelbagai peralatan dan perkakasan yang digunakan sejak awal penubuhan UTM dan mempelajari serba sedikit tentang sejarah UTM. Semasa lawatan ini dijalankan, pelawat menzahirkan rasa kagum kerana berpeluang melihat kekayaan sumber ilmu Perpustakaan UTM.

Semoga lawatan ini memberi manfaat dan motivasi kepada para pelajar agar lebih bersemangat untuk menuntut ilmu hingga ke manara gading.

Share this :