Pada 21 dan 22 Februari 2023, Program UTM Top Bidder telah diadakan di ruang Event Space, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Program yang berlangsung selama dua hari ini adalah anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar, dan  sinergi bersama Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Tujuan  program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membentangkan kertas kerja program-program yang telah mereka rancang di bawah persatuan-persatuan tertentu untuk mendapatkan peruntukan dari pihak universiti.

Antara syarat-syarat utama bagi membolehkan projek mereka dibiayai oleh pihak universiti ialah kertas kerja program yang disediakan haruslah berimpak tinggi kepada mahasiswa di samping turut menyumbang kepada masyarakat, universiti dan negara umumnya sama ada dari sudut pembangunan sosial mahupun ekonomi.

Sebanyak 18 kumpulan dari persatuan dan kelab telah menyertai program ini. Pn. Nik Masriza (Timbalan Ketua Pustakawan) telah dilantik sebagai ketua juri bersama dua juri lain dari Jabatan Bendahari dan Fakulti Teknologi Informatif Razak (FTIR). Upacara penutup disempurnakan oleh Prof. Ir. Ts. Dr Aminudin Bin Hj Abu selaku Pengarah Hal Ehwal Pelajar (Kampus UTM Kuala Lumpur) dan beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan cenderahati kepada para juri.

Program Top Bidder ini akan memberikan dana kepada 5 pemenang utama dengan jumlah peruntukan keseluruhan adalah sebanyak RM15,500. Pemenang hadiah utama layak menerima wang tunai sebanyak RM5000.

Berikut adalah senarai para pemenang dari tempat pertama hingga ketiga:

a) Persatuan RIC – Projek Science, Innovation and Technology Carnival 2023 (SITC’23)

b) ELECSYS – Projek Ultimately Folded (UF2023)

c) JKM KSJ – Projek Barakah Ramadhan’23

Tahniah diucapkan juga kepada semua peserta program untuk tahun ini dan diharapkan program ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Share this :