Perpustakaan Raja Zarith Sofiah telah menerima lawatan muhibah daripada Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti TATI (MPP UCTATI) dan diiringi oleh Majlis Perwakilan Pelajar UTM pada 16 Mac 2023 (Khamis). Program yang melibatkan seramai 25 orang pelajar ini bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada jam 3.15 petang. Satu sesi penerangan ringkas telah disampaikan oleh Cik Tuan Syahirah dan dibantu oleh Pn Zuraidah Binti Aman.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh ruang kerjasama, mempelajari aspek pengurusan dan kepimpinan selain membuka ruang sinergi di antara MPP UCTATI dan UTM.

Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberikan pendedahan mengenai fasiliti, koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Raja Zarith Sofia. Turut diadakan lawatan ke Galeri Raja Zarith Sofiah, Galeri Tokoh Penyelidik, Sudut Bacaan Tan Sri Salleh bin Mohd. Nor dan Galeri Koleksi Khazanah Intelektual Johor.

Share this :