Selesai sudah Program Siri Ijtihad Pustaka anjuran Perpustakaan UTM dan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk siri yang ke-3 dengan tajuknya `FIQH AL-HADITH SYARAH BULUGH AL-MARAM: ZAKAT DAN PUASA yang telah berlangsung pada 10 April 2023.
Untuk siri kali ini, panel jemputan khas adalah Prof. Madya Dr. Faisal bin Ahmad Shah dari Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya manakala moderator adalah Pn. Nurul Shuhada Mamat, Eksekutif Penyelidikan Akademi Zakat (AZKA-PPZ).
Siri kali ini mengupas mengenai buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram: Zakat Dan Puasa yang ditulis khas oleh Prof. Madya Dr. Mohd Muhiden Abd Rahman dengan dua objektifnya untuk meningkatkan kesedaran tentang kandungan buku ini sekaligus mengetahui kepentingannya dalam kehidupan. Manakala yang kedua adalah dapat mendorong pembacaan aktif dengan masyarakat umum khasnya di UTM.
Buku ini membincangkan tentang huraian kepada hadis-hadis hukum dari kitab Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram. Buku- buku penulisan beliau sentiasa dijadikan rujukan dalam segala isu berkaitan hadis kerana ia satu-satunya buku yang penulisannya adalah di dalam Bahasa Melayu. Buku ini juga sering menjadi rujukan permasalahan hukum oleh ramai tokoh agamawan.
Buku ini mengandungi 115 buah hadis yang dipanggil hadis hukum beserta huraian berkaitan dan ia wajib dimiliki oleh setiap pecinta hadis kerana buku ini mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian antaranya ibadah, munakahat, bulan ramadhan, muamalat, jenayah dan sebagainya.
Di akhir perkongsian ini, panel mengulas mengajak para penonton untuk membaca buku ini dan sekaligus dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.