UTMKL Book Club telah mengadakan 2 aktiviti bersempena Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL 2023) yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sepanjang cuti persekolahan untuk penggal ini.

Pada 31 Mei, tiga orang wakil dari UTMKL Book Club telah diundang untuk menyertai Program ‘My Library, My Pride‘. Wakil-wakil tersebut adalah:

a) Puan Nik Masriza Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur

b) Puan Nurrull Huda Abdul Wahid, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur

c) Puan Noor Ayesha Binti Mohd Ezanee, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur

Program ini dijalankan dengan kerjasama daripada tokoh-tokoh terkenal dalam bidang perpustakaan seperti:

a) Gene Tan (Ketua Pustakawan National Library Board Singapore)

b) Nelwaty Sikumbang (Pustakawan Perpustakaan Nasional Indonesia)

c) Dr. Ghazali Mohamed Fadzil (Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia)

d) Datuk Dr. Hjh. Rashidah Bolhassan (Wakil IFLA).

Banyak perkara yang telah dikupas dan disentuh termasuklah isu berkaitan penggunaan teknologi AI dalam perpustakaan. Pelbagai perkara yang boleh diterokai supaya perpustakaan tidak ketinggalan bagi memastikan ia terus kekal relevan dan seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Ia mungkin juga telah menjadi titik permulaan untuk menggalakkan kolaborasi dan pertukaran idea dalam kalangan ahli perpustakaan untuk mengoptimumkan manfaat teknologi AI dalam konteks perpustakaan.

Pada 1 Jun pula, seramai 8 orang ahli UTMKL Book Club yang lain turut menyertai  lawatan ke Pameran PBAKL 2023. Di sini, ahli dibenarkan untuk menyertai aktiviti yang diadakan samada membuat pembelian buku, mengikuti program bual bicara serta berjumpa penulis-penulis yang mereka minati.

Diharapkan, setiap ahli akan terus aktif di dalam kelab ini dan masa akan datang pelbagai lagi aktiviti menarik dilaksanakan untuk ahli UTMKL Book Club.

Share this :