Pada 26 Oktober 2023 (khamis), Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (PUTM KL) telah terlibat dalam program Razak Research Explorace bertempat di Read Cafe@UTM Library. PUTM KL diwakili oleh Puan Nurrull Huda Abdul Wahid (Pustakawan Kanan PUTMKL) dan Puan Nurul Hatikah Hassan (Pembantu Pustakawan PUTMKL). Staf ini bertanggungjawab dalam membantu kelancaran program ini bagi aktiviti di bawah kendalian PUTM KL. 

Program Ini bermula pada 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari di mana ia melibatkan tiga (3) kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tiga (3) orang mahasiswa.

Setiap kumpulan yang hadir, dikehendaki menjawab sebanyak tiga (3) soalan umum berkaitan PUTM KL dan setiap kumpulan diperuntukkan masa selama 10 minit untuk menjawab dan sekiranya tidak berjaya menjawab soalan tersebut, markah mereka akan dipotong.

Pemenang utama Razak Research Explorace membawa pulang wang tunai berjumlah RM100, manakala tempat kedua wang tunai berjumlah RM80 dan RM60 untuk tempat ketiga.

Share this :